Penunggang motosikal maut langgar belakang lori

Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal di kilometer 52.1 Jalan Dengkil menghala ke Kota Warisan, pada Rabu.
Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal di kilometer 52.1 Jalan Dengkil menghala ke Kota Warisan, pada Rabu.
A
A
A

SEPANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh bahagian belakang sebuah lori di kilometer 52.1 Jalan Dengkil menghala ke Kota Warisan, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 7.35 pagi.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 7 pagi, mangsa berusia 46 tahun yang menunggang motosikal terlanggar belakang lori.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Norhizam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang atau pegawai penyiasat, Inspektor Nurulsakela Ramlee di talian 019-5588221," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!