Nora fail permohonan cerai

KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin memaklumkan telah mengemukakan permohonan perceraian dengan suami, Rushdi Ramli.
Dalam perkongsian dimuat naik di Instagram pada Rabu, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, 52, berkata, permohonan tersebut dibuat dengan berat hati demi memenuhi kehendak isteri pertama, Rose Aliza Sutrisno.
Tambahnya dalam hantaran di media sosial itu, dia juga akur dengan desakan anak tirinya dan orang ketiga yang mahu perpisahan berkenaan belaku.
Menurut gambar yang dikongsikan, kes permohonan perceraian itu di failkan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat, Selangor.
Pada 24 Februari lalu, media melaporkan penyanyi berkenaan mendedahkan akan bercerai dengan Rushdi dengan harapan keputusan itu dapat menghentikan semua tohmahan dan cacian ditujukan kepadanya di media sosial. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!