Pasrah dan lucu apabila ‘derhaka’ resipi Khairul Aming

Seminggu dua ini Merak Jalanan pasti ada dalam kalangan kita yang dihantui kata-kata “Kepada Khairul Aming, kita orang buat tak jadi.”
Seminggu dua ini Merak Jalanan pasti ada dalam kalangan kita yang dihantui kata-kata “Kepada Khairul Aming, kita orang buat tak jadi.”
A
A
A

SEMINGGU dua ini Merak Jalanan pasti ada dalam kalangan kita yang dihantui kata-kata “Kepada Khairul Aming, kita orang buat tak jadi.”

Audio yang menjadi trending di aplikasi TikTok itu menunjukkan betapa ramai yang teruja menonton dan mencuba resipi tular sepanjang Ramadan walaupun akhirnya hasil tidak menjadi seperti diharapkan.

Ada yang kek pisang terlalu keras, ada pula pankek hangus. Memang lucu melihat wajah pasrah mereka di TikTok dan Instagram, sambil mengeluh, “Kenapa tak jadi, weh?”

Semua ini menambahkan lagi warna-warni dalam suasana Ramadan, di samping usaha masing-masing untuk menyediakan juadah terbaik buat keluarga.

Khairul Aming awal-awal lagi sudah berpesan supaya tidak ‘derhaka’ resipi dikongsikan namun turut ‘repost’ video-video pengguna media sosial yang memuat naik masakan tidak jadi.

Pencipta kandungan digital itu turut meninggalkan komen menggelikan hati di video berkenaan.

Merak Jalanan faham, biasalah orang kita walaupun sudah diberi panduan tetap nak bereksperimen namun akhirnya hasilnya tidak seperti yang diinginkan.

Namun, apa yang lebih menarik kali ini adalah semangat mencuba yang tidak luntur walaupun hasilnya tidak menjadi seperti yang dijangkakan.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, budaya berkongsi pengalaman di media sosial turut menjadikan aktiviti memasak lebih menyeronokkan.

Ada yang bergelak ketawa melihat hasil masing-masing, ada pula yang berasa puas apabila berjaya menghasilkan hidangan yang menepati resipi asal.

Lebih penting, ia membawa suasana keceriaan dalam keluarga dan mengeratkan hubungan sesama pengguna media sosial.

Hingga ke hari ini, Merak Jalanan belum pernah pun cuba resipi yang dikongsikan kerana kesibukan bekerja dan berharap satu hari dapat melihat hasil sendiri ketika mencuba resipi-resipi dikongsikan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!