Wakaf MARA MADANI: Pacu kesejahteraan, sosioekonomi bumiputera

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga dari kanan) melancarkan Majlis Peluncuran
Wakaf MARA Madani sempena Hari MARA ke-59 dan disaksikan oleh Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan
Wilayah, Datuk Rubiah Wang, Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan
Pemangku Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga dari kanan) melancarkan Majlis Peluncuran Wakaf MARA Madani sempena Hari MARA ke-59 dan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pemangku Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman.
A
A
A

Wakaf MARA MADANI merupakan sebuah agenda pemerkasaan sosioekonomi bumiputera hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB 2024) dan diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Matlamat utama penubuhan Wakaf MARA MADANI adalah menjadi pemangkin dalam mewujudkan masyarakat bumiputera dengan kesejahteraan sosioekonomi melalui instrumen wakaf secara lestari.

MARA telah ditauliahkan sebagai Mutawalli atau pentadbir harta Wakaf MARA MADANI daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bermula dari tarikh pemeteraian perjanjian mutawalli bersama MAIWP pada Januari 2025 untuk jangka masa lima tahun.

Setakat ini jumlah kutipan Wakaf MARA MADANI berjumlah RM51.4 juta.

Selain itu, MARA yang ditubuhkan pada 1 Mac 1966 telah memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sosioekonomi bumiputera.

Dalam tempoh hampir enam dekad, MARA berjaya mencapai pelbagai kejayaan seperti berikut:

Menyediakan akses pendidikan

Lebih 1.2 juta pelajar melalui Institusi Pendidikan MARA (IPMA) seperti MRSM, Kolej Profesional MARA, UniKL, GIATMARA selain penawaran pembiayaan pelajaran.

Melahirkan lebih sejuta usahawan

Artikel Berkaitan:

Melalui pelbagai program bimbingan pembiayaan serta pembangunan industri.

Memperkasa latihan kemahiran dan teknikal

Melalui TVET MARA yang kini menjadi antara ekosistem yang terbaik dalam negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!