Lelaki rentung kereta terbabas, terbakar

Keadaan Proton Iriz yang terbabas sebelum terbakar di Kilometer 11.3 Lebuhraya Senai-Desaru, awal pagi Sabtu. Foto BBP Johor Jaya
Keadaan Proton Iriz yang terbabas sebelum terbakar di Kilometer 11.3 Lebuhraya Senai-Desaru, awal pagi Sabtu. Foto BBP Johor Jaya
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu rentung hampir 80 peratus apabila kereta dipandunya terbakar dalam kejadian di Kilometer 11.3 Lebuhraya Senai-Desaru, awal pagi Sabtu.

Komander Operasi, PBK II Saifulbahri Mahpop, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Johor Jaya berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 3.33 pagi.

Menurutnya, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu unit Perkhidmatan Penyelamatan, Perawatan Kecemasan (EMRS) serta 12 anggota dan pihak forensik dihantar ke lokasi.

"Kemalangan itu melibatkan sebuah Proton Iriz yang telah terbabas sebelum terbakar hampir keseluruhannya.

"Seorang mangsa ditemui terperangkap di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

"Operasi pemadaman berjaya dikawal pada jam 4.10 pagi sebelum tamat sepenuhnya pada 5.17 pagi," katanya.

Tambah beliau, sehingga kini identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!