Hilang sejak Isnin, lelaki ditemui maut dalam kebun sawit

KLUANG - Kehilangan seorang lelaki sejak Isnin akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui di sebuah kebun kelapa sawit di Machap pada petang Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 4.10 petang pada Khamis.
“Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemukan yang menyebabkan kematian lelaki berkenaan.
"Oleh itu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
"Polis masih meneruskan siasatan berhubung kes ini," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
