Proton Saga lawan arus di Linkedua

Tangkap layar tular memaparkan sebuah kereta Proton Saga dipandu melawan arus di Linkedua.
Tangkap layar tular memaparkan sebuah kereta Proton Saga dipandu melawan arus di Linkedua.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Satu rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan sebuah kereta Proton Saga dipandu melawan arus di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) tular di media sosial sejak petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, usaha sedang giat dilakukan bagi mengesan pemandu terbabit.

"Setakat ini, tiada laporan diterima berhubung kejadian tersebut, namun usaha mengesan pemandu berkenaan sedang giat dilakukan," katanya pada Khamis.

Sebelum itu, tular rakaman video 'dashcam' berdurasi 24 dan 25 saat memaparkan sebuah kereta dipandu dalam keadaan berbahaya dan mengejutkan pengguna jalan raya yang lain.

Menerusi ruang komen, ada yang menyifatkan tindakan pemandu melawan arus itu cukup menyusahkan dan berbahaya, lebih-lebih lagi terdapat beberapa lori di lebuh raya berkenaan ketika kejadian.

Selain itu, ramai yang menggesa supaya tindakan diambil pihak polis terhadap pemandu berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!