Ibu pelajar tingkatan tiga, meraung lihat jasad anak

Wanita ditemani ahli keluarganya menangis melihat mayat anaknya di lokasi kemalangan di Jalan Taman Kelisa, Kuala Sungai Baru, pada Rabu. Gambar kecil: Muhammad Alif Ramadani.
Wanita ditemani ahli keluarganya menangis melihat mayat anaknya di lokasi kemalangan di Jalan Taman Kelisa, Kuala Sungai Baru, pada Rabu. Gambar kecil: Muhammad Alif Ramadani.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang wanita meraung melihat jasad anak lelakinya yang ditutupi kain selepas maut dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Jalan Taman Kelisa, Kuala Sungai Baru, di sini, pada malam Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.23 malam itu, mangsa Muhammad Alif Ramadani A Ramli,15, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, seorang lagi penunggang motosikal Muhammad Hafizuddin Amizan,14, yang juga pelajar di sekolah sama patah kaki kanan.

Mayat Muhammad Alif Ramadani bersebelahan dengan motosikal yang ditunggangnya hingga meragut nyawa dalam kemalangan itu.
Mayat Muhammad Alif Ramadani bersebelahan dengan motosikal yang ditunggangnya hingga meragut nyawa dalam kemalangan itu.

Ashari berkata, ketika kejadian Muhammad Alif Ramadani yang menunggang motosikal Yamaha 115Z

dalam perjalanan dari Kuala Sungai Baru ke arah Jambatan Linggi dan Muhammad Hafizuddin pula dari arah bertentangan menuju ke arah Taman Kelisa.

Katanya, namun setiba di lokasi kejadian motosikal ditunggang remaja berusia 14 tahun itu secara tiba-tiba membelok masuk ke kanan, lalu terlanggar motosikal mangsa yang sedang bergerak ke hadapan.

Artikel Berkaitan:

Remuk... keadaan dua buah motosikal yang terlibat dalam kemalangan.
Remuk... keadaan dua buah motosikal yang terlibat dalam kemalangan.

"Akibat kemalangan itu Muhammad Alif Ramadani disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Tambahnya, kedua-dua motosikal yang terlibat telah ditahan dan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan selanjutnya

"Siasatan masih diteruskan di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!