Status Alexander-Arnold ke Wembley samar

Status Alexander-Arnold untuk aksi final Piala Liga hujung minggu ini masih samar. Foto Agensi
Status Alexander-Arnold untuk aksi final Piala Liga hujung minggu ini masih samar. Foto Agensi
A
A
A

TONGGAK pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold, kini diragui untuk tampil dalam perlawanan akhir Piala Liga menentang Newcastle United di Stadium Wembley hujung minggu ini.

Ini selepas beliau mengalami kecederaan semasa perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG) pada Rabu, menurut pengendali Arne Slot.

PSG menewaskan Liverpool 4-1 menerusi penentuan penalti di Anfield untuk mara ke suku akhir selepas menang 1-0 dalam perlawanan kedua.

Alexander-Arnold, 26, digantikan oleh Jarell Quansah pada minit ke-73, dengan laporan media British menyatakan pemain itu mengalami kecederaan buku lali.

“(Trent) terpaksa dikeluarkan. Itu bukan petanda yang baik dan daripada apa yang saya dengar, lihat, dia tidak kelihatan baik.

“Jadi saya akan terkejut jika dia boleh bermain pada Isnin,” kata Slot.

Pemain pertahanan tengah, Ibrahima Konaté, turut keluar pada separuh masa kedua masa tambahan, namun Slot berkata, itu mungkin disebabkan keletihan.

Kecederaan Alexander-Arnold juga merupakan tamparan buat England, yang akan menentang Albania pada 21 Mac diikuti Latvia tiga hari kemudian dalam Kelayakan Piala Dunia 2026.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!