PM gesa hentikan fitnah isu azan

Tunku Nashrul Abaidah ketika menyampaikan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri pada Isnin.
Tunku Nashrul Abaidah ketika menyampaikan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang fitnah tidak berasas berhubung tular hantaran di media sosial mengenai laungan azan.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, budaya fitnah itu perlu dihentikan segera bagi mengelakkan kesan buruk kepada masyarakat dan negara.

“Satu hantaran di media sosial telah dibuat oleh seorang individu yang mengulangi naratif fitnah dan berniat jahat mengenai laungan azan.

"Naratif seperti ini sering muncul setiap kali tibanya musim pilihan raya,” katanya pada Isnin.

Menurut jurucakap itu, madrasah Ramadan juga menyeru umat Islam untuk terus mengangkat nilai pemikiran rasional dan menolak sebarang bentuk fitnah yang boleh memecahbelahkan perpaduan.

Sebelum ini, seorang individu telah memuat naik satu hantaran di Facebook dengan mengatakan laungan azan di masjid di Perak tidak lagi dibenarkan menggunakan pembesar suara.

Kenyataan fitnah itu dibuat susulan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang akan berlangsung pada 26 April ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!