Bas ulang-alik percuma ke Bukit Bendera sempena Aidilfitri ini

PBBPP dengan kerjasama Rapid Penang akan menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma ke Bukit Bendera sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri April ini. Gambar kecil: Jadual bas ulang-alik percuma yang disediakan bermula 29 Mac sehingga 2 April ini.
PBBPP dengan kerjasama Rapid Penang akan menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma ke Bukit Bendera sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri April ini. Gambar kecil: Jadual bas ulang-alik percuma yang disediakan bermula 29 Mac sehingga 2 April ini.
A
A
A

GEORGETOWN - Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dengan kerjasama Rapid Penang serta sokongan Kerajaan Pulau Pinang akan menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma ke Bukit Bendera sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada April ini.

PBBPP berkata, pelaksanaan inisiatif yang memasuki tahun ketujuh itu bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar Bukit Bendera selain menyokong usaha negeri dalam mengurangkan pelepasan karbon selaras dengan visi Penang2030 ke arah negeri pintar dan hijau.

Menurut PBBPP, perkhidmatan bas ulang-alik percuma ini akan beroperasi selama lima hari bermula 29 Mac hingga 2 April ini dari jam 9 pagi hingga 9 malam dengan lapan perjalanan sehari bagi setiap arah dengan selang masa satu jam setengah.

"Bas ulang-alik ini juga direka bentuk mesra pengguna kerusi roda bagi memenuhi keperluan penumpang berkeperluan khas. Pengunjung boleh menaiki bas di hentian bas 9 Komtar di Jalan Ria sebelum dibawa ke Stesen Bawah Bukit Bendera dan sebaliknya.

"Ia akan ditandakan secara jelas sebagai 'Penang Hill Free Shuttle Service' bagi memudahkan penumpang melihatnya manakala tempat membawa dan menurunkan penumpang turut disertakan visual khas bagi menarik perhatian orang ramai," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelasnya lagi, jadual perjalanan boleh didapati di laman sesawang rasmi serta platform media sosial PBBPP.

"Sekiranya bas ulang-alik mencapai kapasiti penuh, pengunjung disarankan menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang Laluan 204 yang beroperasi dari Terminal Bas Weld Quay melalui Komtar ke Bukit Bendera pada kadar biasa.

“Perkhidmatan ini diperkenalkan bagi menangani cabaran tempat letak kereta yang terhad serta meningkatkan pengalaman pengunjung sepanjang musim perayaan ini,” tambahnya.

Bagaimanapun PBBPP berkata, perkhidmatan itu hanya disediakan untuk pengunjung individu dan bukan untuk kumpulan besar.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu, pengunjung berkumpulan dinasihatkan menggunakan pengangkutan sendiri.

"PBBPP menggalakkan orang ramai memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan ini dan berharap ia dapat membantu menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang lebih lestari dan mesra alam," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!