Debat Saravanan-Zamri: Potensi cetus ketegangan, kata menteri

Aaron Ago Dagang menegaskan debat atau perbincangan yang melibatkan agama tidak seharusnya diteruskan. Foto fail
Aaron Ago Dagang menegaskan debat atau perbincangan yang melibatkan agama tidak seharusnya diteruskan. Foto fail
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang menegaskan debat atau perbincangan yang melibatkan agama tidak seharusnya diteruskan.

Menurutnya, perbincangan yang terlalu memfokuskan kepada perbezaan agama berpotensi untuk mencetuskan ketegangan dan mengeruhkan hubungan antara masyarakat berbilang agama di negara ini.

Beliau berkata, perbincangan mengenai agama seharusnya dilakukan dengan penuh rasa hormat dan kesedaran terhadap kepelbagaian dalam masyarakat.

"Walaupun kita mempunyai pelbagai agama dan kepercayaan, adalah lebih utama untuk memberi fokus kepada titik persamaan serta nilai-nilai universal yang dapat menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

"Saya berharap agar perdebatan melibatkan agama tidak diteruskan oleh Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan dan pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu Zamri," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Jumaat lalu, Saravanan dilapor menetapkan tarikh debat bersama Muhammad Zamri pada 23 Mac ini, susulan kenyataan kontroversi pendakwah berkenaan membandingkan pembawa kavadi ketika sambutan Thaipusam dengan individu yang dirasuk atau mabuk.

Tambah Saravanan, Muhammad Zamri bebas memilih mana-mana lokasi di ibu kota untuk dijadikan acara debat tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!