Cabaran Arif Junaidi-Roy King terhenti separuh akhir Orleans Masters

[DIKEMAS KINI] CABARAN kem badminton negara dalam Orleans Masters berakhir apabila kemaraan beregu muda sedang meningkat naik Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King terhenti di separuh akhir.
Arif Junaidi-Roy King tewas kepada pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024, Liang Wei Keng-Wang Chang dari China.
Pilihan kelapan itu tewas straight set, 14-21, 13-21 kepada pilihan pertama tersebut dalam masa 26 minit di Palais des Sports.
Arif Junaidi-Roy King sebelum itu muncul wakil tunggal negara mara kejuaraan Super 300 tersebut selepas mengejutkan pilihan keempat dari Taiwan.
Mereka mencipta kejutan apabila menewaskan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, straight set 21-19, 21-18 dalam perlawanan mendebarkan selama 36 minit.
Pusingan pertama, Arif Junaidi-Roy King menyingkirkan cabaran beregu India, Hariharan Amsakarunan-Ruban Kumar Rethinasabapathi, 17-21, 21-7, 21-17.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
