Sabah perlu contohi politik Sarawak - Yusof

Yusof
Yusof
A
A
A

SHAH ALAM - Sabah perlu mencontohi politik Sarawak yang berjaya menyatukan parti tempatan dan membina kekuatan untuk membolehkan suara mereka lebih didengari di peringkat pusat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, kelebihan yang dimiliki negeri jiran itu turut didorong oleh kesedaran rakyatnya.

Menurutnya, kekuatan dimiliki Sarawak melalui pembentukan Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga menjadikan politik di negeri berkenaan sentiasa stabil.

“Tidak kira di mana, kalau kita bersatu kita punya tuntutan kuasa boleh buat apa sahaja (tetapi) kalau kita berpecah orang tidak akan menghormati kita.

“Begitu juga dengan politik, tapi kita lihat tahap kesedaran orang tempatan Sarawak berbeza. Walau parti mereka sedikit tapi bergabung di bawah GPS. Itu tekad mereka dan membuatkan mereka ada kuasa.

“Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa tapi kita kena belajar apa yang berlaku di lapangan contohnya Sarawak. Kita perlu contohi gabungan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekuatan Sarawak dalam membentuk penyatuan parti tempatan hingga berjaya menjadi ‘suara besar’ di peringkat pusat.

Tambah Yusof, kerajaan Sabah melalui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sedang berusaha ke arah itu untuk mencontohi kekuatan yang dimiliki Sarawak.

Katanya, GRS juga telah memulakan langkah tersebut apabila berjaya menyatukan lapan parti tempatan bergabung di bawahnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, ditanya mengenai kesediaannya mengekalkan kerusi DUN yang disandangnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tahun ini, Yusof berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan utama parti untuk membuat keputusan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!