Orléans Masters: Arif-Roy King mara, Zii Jia kandas

Arif-Roy King mara selepas menjinakkan Jhe Huei-Po Hsuan.
Arif-Roy King mara selepas menjinakkan Jhe Huei-Po Hsuan.
A
A
A

BEREGU lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King muncul wakil tunggal negara lolos ke separuh akhir Orléans Masters Super 300 ketika empat cabaran Malaysia lain mula mengucapkan selamat tinggal kepada bumi Perancis.

Di Palais des Sports, Orleans, Arif-Roy King membuktikan status pilihan kelapan bukan penghalang untuk pergi lebih jauh apabila menghantar pulang lawan pilihan keempat dari Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan.

Arif-Roy King mempamerkan permainan bertenaga untuk menjinakkan Jhe Huei-Po Hsuan 21-19, 21-18 dalam perlawanan mendebarkan selama 36 minit.

Kemenangan itu membolehkan mereka berdepan satu lagi gandingan pilihan pertama dari China, Liang Weikeng-Wang Chang di separuh akhir yang menjinakkan lawan senegaranya juga pilihan keenam, Chen Boyang-Liu Yi 21-16, 26-24 dalam masa 45 minit.

Sementara itu, impian pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk mara ke separuh akhir Orleans Masters tidak kesampaian selepas tunduk kepada wakil Ireland, kelahiran Vietnam, Nhat Nguyen.

Zii Jia berstatus pilihan pertama dalam mencari mood untuk Kejuaraan Seluruh England bermula minggu depan, gagal menyaingi permainan agresif lawan bukan pilihan sebelum tewas straight set 21-23, 7-21 dalam masa 39 minit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!