Pemilihan PKR peluang kukuhkan sokongan terhadap Anwar - Amirudin

Amirudin berucap pada Perasmian Perdana MATC PKR Selangor baru-baru ini.
Amirudin berucap pada Perasmian Perdana MATC PKR Selangor baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini sebagai peluang terbaik untuk memperkukuhkan sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang turut memaklumkan akan mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden PKR berkata, ia bagi memastikan Anwar dapat terus mentadbir negara dengan sokongan padu daripada seluruh anggota parti.

"Saya menekankan bahawa kita harus mengambil peluang pemilihan ini bagi mengukuhkan sokongan terhadap YAB Presiden agar beliau dapat terus mentadbir negara dengan sokongan jitu seluruh anggota PKR," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) PKR Selangor baru-baru ini.

Menerusi hantaran di akaun Facebooknya itu, Amirudin turut menyeru agar semangat reformasi terus menyala dalam kalangan ahli parti bagi memastikan perjuangan PKR terus relevan dalam landskap politik negara.

Persaingan dalam pemilihan parti dijangka semakin sengit, namun Amirudin kekal optimis bahawa PKR akan terus kukuh dengan kepimpinan yang berwibawa.

Pemilihan PKR 2025 dijadualkan berlangsung dari 14 Mac hingga 24 Mei 2025, melibatkan pemilihan kepimpinan di peringkat pusat dan cabang.

Selain Amirudin, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, turut mengumumkan hasrat untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR.

Artikel Berkaitan:

Nik Nazmi turut menyatakan sokongan penuh kepada Anwar untuk terus menerajui parti sebagai Presiden dan Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!