Pusat tahfiz di Simpang Renggam terbakar awal pagi

Sebuah pusat tahfiz di Kampung Chokro, Simpang Renggam terbakar pada awal pagi khamis. Foto JBPM Johor
Sebuah pusat tahfiz di Kampung Chokro, Simpang Renggam terbakar pada awal pagi khamis. Foto JBPM Johor
A
A
A

KLUANG - Sebuah pusat tahfiz di Kampung Chokro, Simpang Renggam di sini musnah hampir 70 peratus dalam kebakaran pada awal pagi khamis.

Bagaimanapun, kesemua 12 pelajar bersama seorang pengajar berjaya menyelamatkan diri.

Komander Operasi, Pegawai Penjaga Balai (PPgB), Mohd Nizar Ma’mun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.21 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, BBP Ayer Hitam, serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Simpang Renggam dikejarkan ke lokasi kejadian.

Keadaan sebuah pusat tahfiz di Kampung Chokro, Simpang Renggam terbakar. Foto JBPM Johor
Keadaan sebuah pusat tahfiz di Kampung Chokro, Simpang Renggam terbakar. Foto JBPM Johor

“Setibanya pasukan operasi anggota mendapati api sedang marak membakar sebuah rumah satu tingkat yang dijadikan pusat tahfiz.

"Bangunan berstruktur separuh kekal itu berukuran 70 x 50 kaki,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman dengan bekalan air diperoleh dari pili bomba sejauh dua kilometer secara ulang-alik sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.27 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.07 pagi.

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!