Pemuda dikhuatiri lemas, perahu karam

Taklimat dan bacaan doa oleh anggota yang terlibat operasi mencari mangsa.
Taklimat dan bacaan doa oleh anggota yang terlibat operasi mencari mangsa.
A
A
A

BERA - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas perahunya karam di sungai dekat Rumah Rakit Pam, Kampung Jelam Mengkarak di sini semalam.

Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Bera, Asisten Superintendan Shahril Mohammad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang, ketika mangsa, Muhammad Mahrun Zambri, 21, menaiki perahu berkenaan bersama beberapa rakan lain.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) yang beralamat di Kampung Tanjung Kerayong Lebak,Temerloh dimulakan malam tadi.

"Operasi disertai 38 anggota terdiri daripada bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Usaha SAR sedang dijalankan dalam lingkungan 100 meter dari tempat mangsa disyaki terjatuh," jelasnya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang lelaki hilang selepas terjatuh di Sungai Pahang di Kampung Jelam, Bera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Triang, Muhammad Redzuan Rahimpudin berkata, seramai 44 anggota terdiri pihak bomba, polis, APM dan penduduk kampung terlibat dalam operasi SAR hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki hilang di Sungai Pahang

Artikel Berkaitan: