'Jangan ada pengkhianat di Negeri Sembilan'

Aminuddin Harun
Aminuddin Harun
A
A
A

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berharap tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang mengkhianati rakyat kerana Pakatan Harapan (PH) sudah diberi peluang mentadbir negara.

"Saya berharap bahawa tiada yang mengkhianati pilihan rakyat, apa yang berlaku adalah disebabkan khianat.

"Sebelum ini kita lihat aman, tiada sebarang masalah, kalau ada pun sedikit itu biasalah. Tidak bersetuju dalam tindakan tetapi jangan sampai khianat kerana itu akan menyebabkan negara tidak harmoni," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pas Negeri Sembilan yang mendakwa akan ada ADUN Negeri Sembilan yang akan melompat parti dan menyertai Muafakat Nasional.

Artikel Berkaitan: