Ikan emas peliharaan bertukar saiz 'gergasi', ancam habitat semula jadi

Seekor ikan emas yang pada asalnya bersaiz kecil telah berubah menjadi gergasi selepas ditemui di sebuah kawasan perairan di Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Seekor ikan emas yang pada asalnya bersaiz kecil telah berubah menjadi gergasi selepas ditemui di sebuah kawasan perairan di Pennsylvania, Amerika Syarikat.
A
A
A

PENNSYLVANIA – Seekor ikan emas yang pada asalnya bersaiz kecil telah berubah menjadi gergasi selepas ditemui di sebuah kawasan perairan di Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Ia mencetuskan kebimbangan pihak berkuasa mengenai bahaya melepaskan ikan peliharaan ke dalam tasik atau kolam.

Menurut Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat (USFWS) dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook, ikan emas berwarna oren itu berjaya ditangkap semasa tinjauan di Taman Negeri Presque Isle di Erie.

"Ikan emas ini tidak sepatutnya berada di sini.

"Seseorang melepaskannya, menyangka tindakan baik namun sebaliknya. Ikan itu boleh mengubah tasik dan kolam menjadi keruh, mencuri makanan daripada ikan asli serta merosakkan kualiti air," jelasnya.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa ikan emas boleh membesar sehingga mencecah berat empat paun (sekitar 1.8 kilogram) apabila dilepaskan ke habitat liar.

Kehadiran spesies ikan emas ‘megalodon’ ini mengancam populasi ikan asli dengan bersaing merebut makanan.

Menurut pakar, ikan tersebut dipercayai telah berada di perairan itu sekurang-kurangnya dua tahun sebelum ditangkap.

"Jika anda tidak dapat menjaga ikan peliharaan anda, carilah rumah baharu untuknya,

Artikel Berkaitan:

"Jangan sesekali membebaskannya ke alam semula jadi " tegasnya. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!