Al-Quran menjadi teman setia

A
A
A
Usia bukan halangan bagi pesara guru, Habsah Ismail, 84, untuk terus membaca dan mendalami Al-Quran. Setiap kali Ramadan, beliau aktif menyertai kumpulan tadarus bersama kariah di Masjid Ar-Rahman, Alor Merah.

Mengamalkan bacaan Al-Quran sejak usia muda, beliau masih mampu membaca dengan jelas tanpa menggunakan cermin mata ketika bertadarus.

Bagi nenek kepada 16 cucu dan 3 cicit ini, Al-Quran bukan sekadar bacaan, tetapi menjadi teman setia dalam kehidupan seharian.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!