Dr Zulkifli usik Syed Saddiq, bila berdua baru semangat dalam Parlimen

SHAH ALAM - Melihat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sejak akhir-akhir ini sering memuat naik hantaran di media sosial bersama seorang artis wanita dan kearaban mereka menjadi bualan warganet, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi nasihat kepada beliau.
Dr Zulkifli dalam satu hantaran di Facebook berkata, beliau berkongsi gambar ketika bertemu Syed Saddiq di sebuah majlis perkahwinan dan banyak mereka bualkan.
Katanya, Syed Saddiq akan lebih bersemangat untuk bekerja apabila sudah 'mendirikan rumah tangga'.
"Sibuk-sibuk berpolitik, jangan lupa ada “janji” yang lebih manis daripada manifesto. Bila dah berdua, baru bersemangat sikit dalam Parlimen!" tulisnya.
Beliau juga menyifatkan bekas Menteri Belia dan Sukan itu seorang pemuda yang baik dan beradab.
"Anak muda yang baik dan beradab. Semoga dipermudahkan urusan beliau dalam menjaga kebajikan rakyat Muar.
"Pada saya, beliau ada potensi yang pergi lebih jauh dalam politik," ujarnya.
Menjengah di ruang komen, rata-rata bersetuju dan sependapat dengan Dr Zulkifli agar Ahli Parlimen Muar itu segera berkahwin.
Kata Mike Alsiaki, "Jangan lupa jemput rakyat Muar, ramai yang sanggup rewang membantu."
Begitu juga tulis Ibu Zarah, "Elok laa dipercepatkan urusan perkahwinan tu kan Dato?... Bercinta lepas kawin lebih manis."
Sebelum ini, Syed Saddiq memuat naik hantaran istimewa di Instagram mengenai Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabella Astillah dan menyataka selebriti itu sebagai seorang pejuang yang sangat rajin, serba boleh, penyayang, ikhlas serta baik hati.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

