Syed Saddiq, Bella sedondon daki Gunung Kinabalu, netizen doa berjodoh

AKSI pelakon dan penyanyi, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mendaki Gunung Kinabalu bersama telah menarik perhatian warga maya.
Lebih menarik, kedua-dua mereka segak dan cantik berbaju tradisional Melayu, dengan Bella berbaju kurung, manakala Syed Saddiq memakai baju Melayu lengkap bersamping.
"Akinabalu sudah kami tawan.
"Alhamdulillah kami berjaya melakukannya, pakai baju raya mendaki Gunung Kinabalu. Kami mula mendaki pukul 3 pagi.
"Pendakian yang penuh bermakna! Penatnya tak boleh diungkap dengan kata-kata. Apabila tengok pemandangan masya-ALLAH memang tidak ternilai cantik betul Akinabalu," kongsi Bella.
Bella, 31, dan Syed Saddiq, 32, terdahulu tiba di Kem Laban Rata pada jam 3.20 petang, Khamis.
Menerusi temu ramah bersama stesen radio tempatan, Syed Saddiq atau nama penuhnya Syed Abd Rahman Al-Sagoff mengagumi stamina Bella.
"Saya hanya jadi bodyguard (pengawal peribadi) Bella.
"Bella tidak menyusahkan saya. Sejujurnya saya terpesona kerana walaupun kakinya pendek, dia laju," katanya.
Ditanya siapa pembakar semangat, Bella pula mendedahkan adiknya juga menyertai pendakian berkenaan bersama-sama.
"Saya dan adik sama-sama memberikan semangat. Tapi yang paling hebat YB lah sebab dia Ironman," kongsi Bella.

Misi berkenaan mengundang komen nakal warganet yang mahu melihat Bella dan Syed Saddiq terus bersama meskipun dalam hubungan peribadi.
Masing-masing seolah-olah 'merestui' hubungan dan berharap hubungan baik itu kekal ke fasa lebih jauh termasuk perkahwinan.
"Bukan teaser wedding kan?" komen pempengaruh sosial media, Abe Wee.
"Ok lulus boleh kahwin. YB nak test serasi ke tidak jer tu. Orang cakap nak tahu perangai masing-masing, pergilah bercuti atau hiking sama-sama." usik seorang pengikut Instagram Bella.
Terdahulu, Syed Saddiq yang pernah muncul dalam video klip lagu nyanyian Bella berjudul Tapi Bukan Denganmu.
Pelantun lagu Pano itu juga mendedahkan mereka merupakan sahabat baik dan sering melakukan aktiviti rekreasi bersama seperti badminton, lebih-lebih lagi selepas menjadi duta jenama popular.
@sinarharianonline Aksi pelakon dan penyanyi, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mendaki Gunung Kinabalu bersama telah menarik perhatian warga maya. Lebih menarik, mereka berdua mengenakan pakaian tradisional Melayu sewaktu pendakian, Bella berbaju kurung, manakala Syed Saddiq di dalam persalinan baju Melayu lengkap bersamping. #SinarHarian#SinarTerkini#BellaAstillah#SyedSaddiq#AhliParlimenMuar#GunungKinabalu Bismillah Cinta - UNGU & Lesti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!