Sambutan Ramadan di seluruh dunia

KETIBAAN bulan Ramadan disambut penuh sederhana bagaimanapun meriah di seluruh dunia, pelbagai persiapan dilakukan oleh umat Islam bagi meraikan kehadirannya.
Ini termasuk di negara-negara bukan Islam, di Barat komuniti Islam berkumpul dan bersama-sama meraikannya.

Setiap negara berbeza cara sambutannya, kalau di Palestin, kanak-kanak mula berkumpul di sebuah kawasan kejiranan yang dihiasi sederhana sempena kedatangan bulan suci Ramadan, di Khan Yunis, selatan Gaza.

Bagi di Indonesia, umat Islam di Aceh menunaikan solat tarawih pertama di Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh dan di Kyrgyzstan, masyarakat Islam menunaikan tarawih pertama di Masjid Abdulkarim Satuq Bughra Khan di Bishkek.

Lain pula suasana di Karachi, serang peniaga menyediakan Khajla, pencuci mulut tradisional Pakistan sempena Ramadan bagi memeriahkan bulan mulia itu.
Di Amerika Syarikat, komuniti Islam menyertai perarakan Ramadan di Fifth Avenue, di daerah Brooklyn, New York bagi memeriahkan suasana.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
