Bomba selamatkan budak lelaki tersangkut dalam tempayan

Anggota bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersangkut dalam tempayan di Pangsapuri Saujana Damai, Jalan Raya Barat pada Sabtu.
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersangkut dalam tempayan di Pangsapuri Saujana Damai, Jalan Raya Barat pada Sabtu.
A
A
A

KLANG - Seorang kanak-kanak lelaki menempuh detik cemas selepas tersangkut dalam tempayan di bilik air rumahnya di Pangsapuri Saujana Damai, Jalan Raya Barat di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.30 malam.

Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong tempayan sebelum mangsa berjaya dikeluarkan.
Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong tempayan sebelum mangsa berjaya dikeluarkan.

Menurutnya, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Selatan dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi pada jam 7.39 malam, anggota bomba mendapati seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun tersangkut di dalam tempayan ketika sedang mandi.

"Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong tempayan sebelum mangsa berjaya dikeluarkan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!