PM ajak umat Islam amal ihsan, adab bagi memaknai Ramadan

Anwar menyampaikan ucapan kepada para pelajar selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1, pada Jumaat. Foto Bernama
Anwar menyampaikan ucapan kepada para pelajar selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1, pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam di negara ini untuk mengamalkan sikap ihsan dan beradab bagi memaknai ibadah pada bulan Ramadan.

Beliau berkata, Ramadan adalah ‘madrasah’ terbaik bagi mendidik diri dari segi integriti, disiplin serta dimensi sosial.

"Ramadan menyedarkan kita tentang empati, keprihatinan terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

"Masalah kita apa? Ritual (ibadah) semua pandai... tetapi penghayatannya kurang," kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian di hadapan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di masjid Sekolah Sultan Alam Shah di sini pada Jumaat, sempena Ramadan yang bakal tiba.

Perdana Menteri turut menekankan kepentingan menerapkan nilai adab dalam falsafah pendidikan anak-anak muda di Malaysia.

"Jika adab tidak ada, (kita mungkin) cemerlang dengan segala kekayaan dan kemewahan tetapi ada peluang sakau... ada peluang kecam, ada peluang tindas.

"Ini maknanya pendidikan yang tidak mempunyai nilai etika dan moral,” kata beliau.

Perdana Menteri kemudian turut meluangkan masa beramah mesra bersama pelajar sekolah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!