Kanak-kanak ditemukan lemas di Sungai Tok Bali

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai mandi di Sungai Tok Bali pada Jumaat.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai mandi di Sungai Tok Bali pada Jumaat.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai mandi di Sungai Tok Bali, Jalan Semerak di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian sekitar jam 11.15 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Wan Mohd Fahmi Wan Mohd Fadhli.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Tinggi II Azrul Azmeri Che Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian lemas pada jam jam 11.19 pagi.

"Pada jam 11.34 pagi dengan bantuan unit skuba mereka ke lokasi kejadian dan menjalankan operasi 'carian di permukaan' menggunakan bot.

Mangsa, Wan Mohd Fahmi Wan Mohd Fadhli ditemukan lemas selepas dipercayai mandi di Sungai Tok Bali pada Jumaat.
Mangsa, Wan Mohd Fahmi Wan Mohd Fadhli ditemukan lemas selepas dipercayai mandi di Sungai Tok Bali pada Jumaat.

"Pada jam 12.22 tengah hari mangsa ditemui di lokasi dia dikatakan mandi-manda," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kanak-kanak lelaki terbabit disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir di lokasi kejadian pada jam 13.37 petang.

Ujarnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!