Dermalene lantik Ustazah Asma’ Harun penasihat syariah rasmi

Asma' (dua dari kanan) dilantik menjadi penasihat syariah rasmi melalui memorandum persefahaman (MoU) bersama Dermalene.
Asma' (dua dari kanan) dilantik menjadi penasihat syariah rasmi melalui memorandum persefahaman (MoU) bersama Dermalene.
A
A
A

JENAMA terkenal dalam industri kecantikan, Dermalene berkolaborasi bersama pendakwah, Ustazah Asma’ Harun sebagai penasihat syariah rasmi melalui memorandum persefahaman (MoU) bagi menyokong kecantikan yang selamat dan patuh syariah.

Pengasasnya, Dr Alina Hasni berkata, kolaborasi itu bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan rawatan kecantikan yang menepati nilai-nilai Islam kepada masyarakat.

Menurutnya, pendakwah tersebut dipilih kerana kepakaran dan keahlian beliau dalam menyampaikan mesej berkaitan gaya hidup Islam secara menyeluruh, termasuk aspek kecantikan malah pernah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Inisiatif ini bermula apabila mereka sedar akan keperluan untuk mendidik masyarakat tentang pentingnya memilih produk kecantikan yang halal dan beretika.

"Kami sangat yakin dengan kehadiran Ustazah Asma’ Harun dalam memperkukuhkan lagi komitmen kami terhadap kecantikan yang patuh syariah.

"Beliau bukan sahaja membawa pengalaman yang luas, tetapi juga nilai-nilai yang selari dengan visi dan misi jenama kami,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, menurut Alina, Dermalene akan melancarkan program Raya Ready 2025 bersama pengeluar pembuatan kelengkapan pakaian solat, Siti Khadijah untuk memberikan pengalaman kecantikan bersesuaian dengan gaya hidup muslimah moden menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Tambahan pula, cawangan Dermalene Bangi kini sedang dalam fasa pengubahsuaian untuk menambah unit kedai baru bagi menampung lebih ramai pelanggan, sementara cawangan baru di Melaka pula dalam perancangan untuk dibuka dan dilancarkan.

"Dengan semua inisiatif ini, kami berharap dapat terus memberi nilai tambah kepada masyarakat melalui perkhidmatan kecantikan yang beretika dan selaras dengan nilai-nilai Islam,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!