McDonald's Malaysia, IWK kerjasama kukuh kelestarian alam

Azmir (dua dari kiri) dan Narendran bersama MoU yang telah ditandatangani pada Khamis. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Azmir (dua dari kiri) dan Narendran bersama MoU yang telah ditandatangani pada Khamis. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR - McDonald’s Malaysia menjalin kerjasama strategik dengan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd bagi meningkatkan pengurusan perangkap gris untuk kira-kira 300 restorannya di seluruh negara.

Melalui perjanjian perkhidmatan pengosongan lemak, minyak dan gris (FOG), IWK akan menyediakan perkhidma-tan penyedutan sisa gris secara berkala bagi mencegah penyumbatan, mengurangkan masalah saliran serta memastikan sistem perparitan dapur berfungsi dengan lebih baik.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, langkah itu mencerminkan komitmen syarikat memastikan operasi yang cekap serta lestari.

“Sebagai jenama yang melayani sembilan juta pelanggan setiap bulan, kami bertanggungjawab memastikan operasi restoran bukan sahaja cekap, malah mesra alam.

“Usaha ini membantu mengurangkan pencemaran air dan menyokong matlamat kelestarian negara,” katanya semasa Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara McDonald’s Malaysia dan Indah Water Konsortium (IWK) di Bangsar pada Khamis.

Tetamu kehormat melihat kaedah operasi pembersihan loji di IWK di Mcdonald's Pantai Hill Park, Bangsar pada Khamis. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Tetamu kehormat melihat kaedah operasi pembersihan loji di IWK di Mcdonald's Pantai Hill Park, Bangsar pada Khamis. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam menyifatkan kerjasama itu sebagai langkah penting ke arah pe-meliharaan alam sekitar.

Menurutnya, penyelenggaraan perangkap gris yang baik dapat mencegah sisa lemak daripada memasuki sistem pembetungan, sekali gus mengurangkan penyumbatan dan kesan negatif terhadap alam sekitar.Selain meningkatkan kebersihan restoran, inisiatif tersebut turut menyokong ekonomi kitaran iaitu sisa gris yang dikumpul boleh diproses untuk penghasilan biodiesel dan biogas.

Kerjasama itu juga melengkapkan usaha kelestarian McDonald’s Malaysia termasuk reka bentuk restoran hijau, pemasangan kemudahan solar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), penyediaan pengecas kenderaan elektrik (EV) di cawangan terpilih dan program pengurangan sisa secara menyeluruh.

Artikel Berkaitan:

McDonald’s Malaysia terus giat bekerjasama dengan rakan strategik bagi mengukuhkan usaha kelestarian alam, seiring dengan matlamat pembangunan mampan (SDG) 17 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!