Kes khalwat Aliff Aziz, Ruhainies sudah selesai?

Penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies didakwa sudah membayar denda sebanyak RM3,000 setiap seorang berhubung kes khalwat di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac tahun lalu.
Penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies didakwa sudah membayar denda sebanyak RM3,000 setiap seorang berhubung kes khalwat di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac tahun lalu.
A
A
A

PENYANYI Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies didakwa sudah membayar denda sebanyak RM3,000 setiap seorang berhubung kes khalwat di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac tahun lalu.

Menerusi laporan media, bayaran denda tersebut diputuskan pada prosiding yang berlangsung Jumaat lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini.

Prosiding tersebut berlangsung tanpa pengetahuan pihak media.

Bagaimanapun setakat ini, peguam syarie yang mewakili kedua-dua selebriti terbabit, Abdul Hadi Mohamad Salleh tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan berkenaan perbicaran kes itu.

Tinjauan Sinar Harian di pekarangan mahkamah juga mendapati kelibat Aliff mahupun Ruhainies tidak kelihatan sehingga jam 10 pagi ini.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di sini menetapkan 20 dan 27 Februari ini bagi perbicaraan kes khalwat dua pelakon tersebut.

Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan tarikh berkenaan selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh yang dicadangkan.

Bagaimanapun, kelibat kedua-dua selebriti berkenaan termasuk peguam syarie mewakili mereka tidak kelihatan di mahkamah pada 20 Februari lalu.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, pada prosiding 3 Julai tahun lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan berhubung kes khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur ketika pertuduhan dibacakan.

Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!