Bom lama diletupkan, gegaran dirasai penduduk Kinarut

Operasi meletupkan bom lama oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) IPD Papar dan IPK Sabah di kawasan tapak pembinaan berhampiran sebuah kilang di Kinarut, Papar.
Operasi meletupkan bom lama oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) IPD Papar dan IPK Sabah di kawasan tapak pembinaan berhampiran sebuah kilang di Kinarut, Papar.
A
A
A

PAPAR - Bom lama tinggalan Perang Dunia Kedua yang ditemui di kawasan tapak pembinaan berhampiran sebuah kilang di Kinarut, di sini telah berjaya diletupkan pada Rabu.

Bom jenis Unexploded Ordnance (UXO) Aerial itu selesai diletupkan sekitar jam 2 petang dan gegarannya turut dirasai oleh penduduk sekitar kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, proses meletupkan bom tersebut berjalan dengan lancar.

"Proses meletupkan bom tersebut bermula jam 10.30 pagi dan selesai jam 2 petang tadi oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis (IPD) Papar dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah yang hadir ke lokasi.

"Keadaan terkawal dan berjalan dengan lancar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Bom yang ditemui diletupkan di lokasi.
Bom yang ditemui diletupkan di lokasi.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan penemuan bom lama oleh seorang lelaki yang melakukan kerja mengorek tanah menggunakan jentera berat di lokasi kejadian pada Selasa.

Lelaki berusia 42 tahun itu yang terkejut dengan penemuan tersebut segera melaporkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!