ASEAN tidak hadapi masalah capai suara konsensus - Anwar

Anwar bercakap kepada media Malaysia selepas selesai mengadakan lawatan kerja dan menghadiri Forum Masa Depan ASEAN kali kedua di Vietnam hari ini. - Foto: Bernama
Anwar bercakap kepada media Malaysia selepas selesai mengadakan lawatan kerja dan menghadiri Forum Masa Depan ASEAN kali kedua di Vietnam hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

HANOI - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ASEAN tidak mempunyai masalah untuk mencapai suara konsensus walaupun dalam kalangan negara anggota mempunyai kepentingan berbeza-beza dalam sesuatu perkara.

Beliau berkata, walaupun berlakunya perbezaan pandangan berkaitan sesuatu perkara dalam kalangan negara anggota ASEAN, tetapi ia tidak menyebabkan ketegangan atau hingga terputus hubungan.

"Setiap negara (anggota ASEAN) akan mengambil pendekatan yang dianggap penting mengikut keutamaan masing-masing tetapi mencapai konsensus ASEAN tetap menjadi keutamaan.

"Kemboja, seperti yang disebut, masih mempertahankan hubungan dengan kedua-dua negara iaitu China dan Amerika Syarikat...walaupun dalam hubungan dua hala mereka mungkin cenderung berpihak, tetapi dari segi ASEAN saya rasa kita tidak hadapi apa-apa masalah,” katanya kepada media Malaysia pada akhir lawatan kerja dua hari beliau ke Vietnam hari ini.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mewakili negara sebagai Pengerusi ASEAN 2025 menyampaikan ucaptama pada Forum Masa Depan ASEAN kedua anjuran Kementerian Luar Vietnam, yang turut dihadiri Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh, Presiden Timor-Leste Jose Ramos Horta dan Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!