X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] Hosni Mubarak meninggal dunia

Hosni Mubarak. - Foto Agensi
A
A

KAHERAH - [DIKEMASKINI] Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak meninggal dunia di hospital tentera di Galaa, Mesir pada usia 91 tahun.

Berita itu disahkan adik iparnya, Jeneral Mounir Thabet hari ini.

Portal berita BBC melaporkan Mubarak menjalani satu pembedahan pada Januari sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Mubarak memerintah Mesir selama 30 tahun dari 1981 sehingga beliau digulingkan dalam bantahan besar-besaran pada 2011 ketika Arab Spring.

Dua bulan selepas meletak jawatan, beliau ditahan dan dibebaskan pada 2017 selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada tuduhan terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai penunjuk perasaan pada 2011. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus