Rumah Putih Makan Berjambar

Tradisi orang Melayu makan bersila beramai-ramai dengan ahli keluarga semakin jarang dilihat di rumah-rumah dan mungkin mencetuskan kerinduan terutamanya bagi mereka yang pernah melalui suasana itu satu ketika dahulu.

Konsep yang ditawarkan oleh Rumah Putih Makan Berjambar di sini, mungkin pilihan tepat bagi mereka yang ingin mengimbau zaman itu. Lebih-lebih lagi menu ditawarkan oleh restoran yang pada asalnya sebuah rumah Melayu kampung ini adalah masakan tradisional Negeri Sembilan dan dihidangkan di dalam dulang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
