400 pemilik jentera Ducati 'panaskan' ibu negara

Antara pemilik Ducati menghadiri perhimpunan terbesar jenama itu di Asia Tenggara bersempena AGM ke-8 DOCM 2025 pada Sabtu.
Antara pemilik Ducati menghadiri perhimpunan terbesar jenama itu di Asia Tenggara bersempena AGM ke-8 DOCM 2025 pada Sabtu.
A
A
A

MESYUARAT Agung Tahunan (AGM) Ke-8 Ducati Official Club Malaysia (DOCM) 2025 meraih perhatian ramai apabila disertai lebih 400 pemilik jentera jenama Itali itu, menjadikannya antara perhimpunan terbesar Ducati di Asia Tenggara.

Perhimpunan pada Sabtu lalu berjaya menggabungkan ahli DOCM dan peminat tegar Ducati bertujuan membincangkan pencapaian kelab, hala tuju serta inisiatif yang bakal dilaksanakan pada masa hadapan.

Menurut kenyataan dikeluarkan DOCM, perhimpunan bermula dengan aktiviti konvoi dari pusat beli-belah Publika membabitkan 400 jentera Ducati pelbagai model ke Menara Berkembar Petronas sebagai simbolik kerjasama dengan Petronas Sprinta.

Konvoi kemudian bergerak ke Sepang sebelum berakhir di Movenpick Hotel & Convention Centre di mana lokasi program AGM tahunan dan Majlis Pelantikan Presiden DOCM 2025 baharu, Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin dilangsungkan.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Sebanyak 400 motosikal Ducati pelbagai model menyertai konvoi bermula dari Publika ke Menara Berkembar Petronas di ibu negara.
Sebanyak 400 motosikal Ducati pelbagai model menyertai konvoi bermula dari Publika ke Menara Berkembar Petronas di ibu negara.

Terdahulu, Nazir pernah menjadi penasihat kelab pada 2023 sehingga tahun lalu selain memegang jawatan menguruskan hal korporat sebagai ahli jawatan kuasa selama tiga tahun berturut-turut.

Pelantikan beliau menggantikan Hishamuddin Md Sani selepas perkhidmatan sebagai Presiden DOCM bagi tempoh dua tahun berakhir.

Artikel Berkaitan:

Menurut Shamsul Anuar, sukan permotoran boleh menjadi platform menyatukan belia di samping menjalin kolaborasi secara strategik.

“Penajaan Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM) kepada DOCM adalah bukti gandingan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pengeluar unggul minyak terbaik dunia saling memberi impak positif antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Nazir berkata, beliau akan memberi komitmen sepenuh hati menyatupadukan semua ahli kelab dan pemilik Ducati sebagai satu platform bukan sahaja untuk ukhuwah, hiburan atau hobi tetapi menjadi inisiatif membawa nama negara ke mata dunia.

Shamsul Anuar (empat dari kiri) merasmikan Program AGM Tahunan dan Majlis Pelantikan Presiden DOCM 2025 di Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang.
Shamsul Anuar (empat dari kiri) merasmikan Program AGM Tahunan dan Majlis Pelantikan Presiden DOCM 2025 di Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang.

“Ramai anak Melayu pemilik Ducati...kita akan jadi gergasi di Asia Tenggara dan pada masa sama menarik kehadiran pelancong ke negara ini untuk menunggang bersama kita.

“Anak muda dengan sukan permotoran berpisah tiada...inilah masa kita buat sesuatu yang membina untuk ahli dan negara,” ujarnya.

DOCM adalah kelab pemilik rasmi Ducati Malaysia didaftarkan pada 2016 dengan jumlah keahlian terkini hampir 1,500 ahli termasuk dari Singapura dan Thailand.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!