Bantu siswa urus kewangan

Pengerusi Kumpulan PNB, YM Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda menyampaikan ucapan Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MOU) diantara PNB dan Universiti Awam dan Universiti Berkaitan Kerajaan Program Celik Madani di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur. Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelajar digalakkan untuk terus menyimpan secara konsisten setiap bulan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Saham Malaysia (ASM).

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, menerusi Program Celik Madani, pelaburan awal sebanyak RM50 akan dikreditkan ke dalam akaun pelajar semasa pendaftaran semester pertama.

Menurutnya, pelaburan ini akan membantu pelajar untuk membuat keputusan kewangan yang bijak demi memastikan masa depan lebih cerah dan selamat.

"Sepanjang tempoh tersebut, pelajar digalakkan untuk menyimpan secara konsisten walaupun dengan jumlah yang kecil untuk mengembangkan simpanan. Tiada pengeluaran dibenarkan sepanjang tempoh tersebut.

"Program Celik Madani adalah kerjasama strategik antara kerajaan, PNB dan 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta empat buah universiti berkaitan kerajaan (GLU) terpilih.

"Inisiatif ini menyasarkan untuk memanfaatkan satu juta pelajar dalam tempoh lima tahun akan datang dan ia merupakan langkah transformasi membekalkan golongan belia Malaysia dengan ilmu literasi kewangan," katanya.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (dua dari kiri), dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud (dua dari kanan), menyaksikan pertukaran MOU diantara Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad (tiga dari kiri), dan wakil Universiti ketika Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MOU) diantara PNB dan Universiti Awam dan Universiti Berkaitan Kerajaan Program Celik Madani di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur. Turut hadir, Pengerusi Kumpulan PNB, YM Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda (kiri) pada Isnin. Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Memorandum Perjanjian Program Celik Madani antara Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan universiti awam dan universiti berkaitan kerajaan di sini pada Isnin.

Turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud. Tambah Raja Tan Sri Arshad, PNB telah menjadi sebahagian agensi penting dalam landskap kewangan negara dan meraih kepercayaan lebih 13 juta rakyat Malaysia.

"Saya berharap para pelajar dapat memanfaatkan inisiatif Celik Madani dan menggunakan peluang ini untuk menambah ilmu tentang pelaburan serta meneroka peluang demi kesejahteraan kewangan pada masa hadapan. "Kepercayaan ini amat kami hargai," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!