Inspektor antara dua pegawai polis ditahan bantu siasatan kes kecurian RM300,000

KUALA LUMPUR - Seorang Inspektor antara dua pegawai polis ditahan bagi siasatan lanjut berkaitan kes kecurian melibatkan kerugian RM300,000 pada Ahad.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah dibuka pihaknya.
"Tangkapan dilakukan terhadap dua orang pegawai polis berpangkat Inspektor dan Koperal berumur 44 tahun dan 34 tahun.
"Reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah telah dipohon pada Ahad dan telah dibenarkan selama satu hari," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau, kes di siasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
"Kes masih dalam siasatan dan pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
"Pihak polis memandang serius kejadian ini dan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk dibawa ke muka pengadilan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!