Bas bawa 32 pelajar sekolah kemalangan

Sebuah bas yang membawa seramai 32 pelajar sekolah menengah terbabas di Jalan Sungai Mas-Padang Kubu di sini pada Isnin.
Sebuah bas yang membawa seramai 32 pelajar sekolah menengah terbabas di Jalan Sungai Mas-Padang Kubu di sini pada Isnin.
A
A
A

KEMAMAN - Sebuah bas yang membawa seramai 32 pelajar sekolah menengah terbabas di Jalan Sungai Mas-Padang Kubu di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, kejadian kemalangan itu berlaku kira-kira jam 6.50 pagi tadi.

Menurutnya, bas yang dipandu lelaki berusia 61 tahun itu dalam perjalanan dari Sungai Mas, Padang Kubu Kemaman menghala ke Sekolah Menengah Kebangsaan Air Putih.

"Apabila tiba di tempat kejadian, bas tersebut telah hilang kawalan dan terbabas melanggar sebatang pokok di bahu jalan sebelah kiri seterusnya menggelongsor ke sebelah kanan jalan.

"Akibat kemalangan itu, seramai enam orang pelajar sekolah telah mengalami kecederaan iaitu dua orang pelajar dirawat di Klinik Kesihatan Seri Bandi manakala empat orang pelajar lagi dirawat di Hospital Kemaman," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Mohd Razi berkata, pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan dan hasil ujian saringan air kencing dapati negatif

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!