Masjid Ibnu Batutah pusat setempat penduduk

Masjid Mukim Kecil Bandar Baru Kuala Krai atau Masjid Ibnu Batutah di Kuala Krai akan menjadi pusat setempat penduduk menerusi pelbagai kemudahan awam yang disediakan seperti taman rekreasi, medan selera selain sebagai tempat ibadah.

A
A
A

KUALA KRAI - Masjid Mukim Kecil Bandar Baru Kuala Krai atau Masjid Ibnu Batutah akan menjadi pusat setempat penduduk menerusi pelbagai kemudahan awam yang disediakan seperti taman rekreasi, medan selera selain sebagai tempat ibadah.

Pengerusinya, Dr Mohd Azmi Yaacob berkata, pembinaan masjid di atas tanah seluas 0.8 hektar tersebut dijangka boleh memuatkan seramai 1,100 jemaah dalam satu masa itu turut memainkan peranan sebagai perhentian untuk musafir yang menggunakan lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang.

"Terletak di Taman Guchil Jaya, ia merupakan satu lokasi yang sangat strategik dan bakal menjadi mercu tanda baharu di sini dengan rekabentuk masjid bertemakan Timur Tengah.

Pembinaan masjid di atas tanah seluas 0.8 hektar tersebut dijangka boleh memuatkan jemaah seramai 1,100 orang dalam satu masa itu turut memainkan peranan sebagai perhentian untuk musafir yang menggunakan lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang.

"Kami ingin menjadikan ia sebagai sebuah masjid yang akan digunakan bukan sahaja untuk solat fardu tetapi juga Jumaat, Insya-ALLAH," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, pihaknya memerlukan dana berjumlah lebih RM11.7 juta bagi memastikan pembinaannya berjalan lancar dan kerja-kerja menyiapkan masjid baharu memasuki 17 peratus.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 03072010139591 di atas nama Masjid Mukim Kecil Bandar Baru Kuala Krai (Ibnu Batutah).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!