Jadilah pempengaruh beradab dan dihormati

PENGIKUT merupakan amanah kepada pempengaruh, disebabkan itu menjadi tanggungjawab pemilik akaun media sosial tersebut untuk memberikan kandungan yang baik kepada netizen.
PENGIKUT merupakan amanah kepada pempengaruh, disebabkan itu menjadi tanggungjawab pemilik akaun media sosial tersebut untuk memberikan kandungan yang baik kepada netizen.
A
A
A

MERAK Jalanan sebenarnya malas nak masuk campur kisah antara seorang selebriti dan seorang pempengaruh ini. Bagi Merak Jalanan, perkara macam ini boleh diselesaikan dengan cara baik. Kalau masing-masing berlapang dada dan saling bermaafan dengan ikhlas sudah tentu semuanya okay.

Secara umum, bagi sesiapa pun yang dilabelkan sebagai pempengaruh, tanggungjawab dan amanah yang dipikul sebenarnya sangat besar. Bukan sekadar cipta kandungan atau kumpul pengikut, tetapi lebih daripada itu iaitu menjadi contoh yang baik kepada para pengikut.

Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, kanak-kanak pun mudah terpengaruh dengan apa yang mereka tengok di media sosial. Kalau yang ditonjolkan adalah perangai tak beradab, itu yang akan diikuti.

Nama pun pempengaruh, sudah pasti pengaruh sangat kuat, ia boleh membentuk pemikiran dan tingkah laku generasi muda.

Jadi, apabila pempengaruh menunjukkan sikap kurang sopan dengan orang yang lebih tua, memang tak boleh diterima. Tak kira siapa pun kita, seberapa ramai pun pengikut, hormat tetap perkara utama. Orang tua-tua selalu pesan, kena hormat orang, nanti orang akan hormat kita balik. Itu nilai yang sepatutnya dipegang dalam kehidupan.

Kalau ada perkara yang tak puas hati, selesaikan dengan cara matang dan berhemah. Tak perlu nak tunjuk lagak atau membalas dengan video sindiran. Jangan sampai nampak biadab, sebab akhirnya yang terkena balik tetap diri sendiri. Bila maruah dah tercalar, susah nak dipulihkan kembali.

Kalau dah tersalah langkah, tak kira siapa yang betul atau salah, belajarlah untuk minta maaf dengan ikhlas. Minta maaf bukan tanda lemah atau menjatuhkan maruah, tapi bukti seseorang itu berjiwa besar.

Pendek kata, jadilah pempengaruh yang berilmu, beradab dan percayalah, bahawa anda akan terus dihormati. Hidup bukan sekadar content tetapi nilai diri dan kemanusiaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!