Bapa saudara cabul remaja ditahan polis

Seorang lelaki ditahan polis tidak sampai 24 jam selepas melakukan perbuatan jijik mencabul anak saudaranya dalam kejadian di sebuah kampung di sini pada Jumaat lalu. Gambar hiasan
Seorang lelaki ditahan polis tidak sampai 24 jam selepas melakukan perbuatan jijik mencabul anak saudaranya dalam kejadian di sebuah kampung di sini pada Jumaat lalu. Gambar hiasan
A
A
A

TAWAU - Seorang lelaki ditahan polis tidak sampai 24 jam selepas melakukan perbuatan jijik mencabul anak saudaranya dalam kejadian di sebuah kampung di sini pada Jumaat lalu.

Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, tangkapan itu berjaya dibuat susulan satu laporan polis dibuat oleh mangsa.

"Kejadian berlaku ketika mangsa sedang menonton televisyen di rumah neneknya. Ketika itu, mangsa telah didatangi bapa saudaranya dan tiba-tiba bertindak meraba bahagian badannya secara paksa.

"Mangsa yang berasa takut telah memberitahu ibunya sebelum satu laporan polis dibuat berhubung kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, berdasarkan laporan tersebut sepasukan polis bertindak pantas mengesan dan menahan suspek di daerah ini.

"Suspek kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!