Wanita terselamat, kereta terbakar di lebuh raya

Seorang wanita terselamat selepas kereta dipandunya dilaporkan terbakar di Kilometer 35 Lebuhraya Utara berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Kulai pada Jumaat.
Seorang wanita terselamat selepas kereta dipandunya dilaporkan terbakar di Kilometer 35 Lebuhraya Utara berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Kulai pada Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang wanita terselamat selepas kereta dipandunya dilaporkan terbakar di Kilometer 35 Lebuhraya Utara berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Kulai pada Jumaat.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 Khas Untuk Penyandang (KUP), Fauzi Che Deris dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai berkata, laporan mengenai kejadian diterima sekitar jam 9.53 malam.

"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian berlaku kebakaran sebuah kenderaan jenis kereta Volvo A90 telah terbakar.

"Kebakaran dipercayai berlaku semasa kenderaan dalam perjalanan dan pemandu berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan lapan anggota bersama sebuah jentera FRT dan Kenderaan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.

Tambahnya, pasukan bomba memadam kebakaran menggunakan dua aliran 100 kaki sehingga api padam sepenuhnya.

Ujar beliau, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!