'Tak sangka air naik terlalu cepat'

Antara rumah penduduk di Kampung Batu Kapor yang dinaiki air sejak Khamis.
Antara rumah penduduk di Kampung Batu Kapor yang dinaiki air sejak Khamis.
A
A
A

TEMERLOH - "Air naik terlalu cepat, tidak sangka juga sebab keadaan cuaca panas terik," kata penduduk Kampung Batu Kapor, Elvasusanti Muktaridi, 48, selepas kampung itu dilanda banjir pada Khamis susulan limpahan air Sungai Semantan.

Elvasusanti berkata, rumahnya mula dinaiki air sejak jam 1 petang Khamis dan keadaan terkini melebihi satu meter.

Elvasusanti
Elvasusanti

"Air naik terlalu cepat dan kebiasaannya rumah kawasan berhampiran naik dulu namun kali ini rumah saya terkena dulu.

"Kami empat beranak termasuk seorang anak kurang upaya berpindah jam 10 malam tadi (Khamis) dengan bantuan ketua kampung menaiki pacuan empat roda.

Mohd Marizie (tiga dari kiri) bersama Salamiah (dua dari kiri) ketika melawat mangsa banjir di Dewan Seri Gading pada Jumaat.
Mohd Marizie (tiga dari kiri) bersama Salamiah (dua dari kiri) ketika melawat mangsa banjir di Dewan Seri Gading pada Jumaat.

"Saya juga bimbang dengan keadaan anak, Yazid Zulkepli, 15, yang sukar berjalan akibat cacat kaki kanan apabila berlaku banjir," katanya.

Setakat jam 12 tengah hari Jumaat, seramai 50 keluarga membabitkan 205 mangsa ditempatkan sementara di Dewan Seri Gading di kampung tersebut.

Mohamad Talib
Mohamad Talib

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi penduduk, Mohamad Talib, 63, turut mengakui terkejut dengan situasi banjir yang berlaku pada tahun ini.

"Saya, isteri dan anak berpindah ke dewan ini jam 7.30 malam Khamis demi keselamatan keluarga.

"Buat masa ini apa yang diharapkan tidak berlaku keadaan lebih teruk dan semoga cepat surut," tambahnya.

Mangsa ditempatkan buat sementara waktu di Dewan Seri Gading.
Mangsa ditempatkan buat sementara waktu di Dewan Seri Gading.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Batu Kapor, Mohd Marizie Sohaimi mengharapkan penduduk akur dengan arahan pihak berkuasa dan menjaga keselamatan diri serta keluarga sepanjang banjir berlaku.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Hasan Omar turut turun padang menyantuni mangsa di dewan terbabit.

Salamiah (berdiri kiri) menyantuni mangsa banjir di Dewan Seri Gading.
Salamiah (berdiri kiri) menyantuni mangsa banjir di Dewan Seri Gading.

Kali terakhir kampung itu dilanda banjir pada Oktober tahun lepas dan ia merupakan banjir kali pertama tahun ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!