Keliru hukum ibadah umrah, sunat atau wajib?

MENJADI impian setiap Muslim untuk menjadi tetamu ALLAH di Masjidil Haram. Foto CANVA/Gambar kecil: DR SYED MOHD JEFFRI
MENJADI impian setiap Muslim untuk menjadi tetamu ALLAH di Masjidil Haram. Foto CANVA/Gambar kecil: DR SYED MOHD JEFFRI
A
A
A

SOALAN:

Ustaz, saya ada kekeliruan mengenai ibadah umrah. Apakah ia sunat atau wajib?

JAWAPAN:

Hukum mengerjakan ibadah umrah sama ada ia wajib atau sunat ini ramai yang masih keliru.

Saya sempat bertanya kepada ramai orang mengenai perkara ini dan jawapannya ramai yang menyatakan bahawa ibadah umrah adalah sunat.

Baik, menurut Mazhab Syafie, hukum melaksanakan ibadah umrah adalah wajib sebagaimana ibadah haji berdasarkan dalil dalam ayat al-Quran:

“Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.” (Surah al-Baqarah: 196)

Maka, wajib ke atas umat Islam untuk mengerjakan umrah sekali seumur hidup sekiranya berkemampuan walaupun ibadah haji belum lagi ditunaikannya.

***DR SYED MOHD JEFFRI SYED JAAFAR merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!