Budak tercekik gula-gula kenyal: Ahli keluarga tiba di pekarangan Jabatan Forensik HPP

Ahli keluarga Mohamad Fahmi Hafiz tiba di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HPP bagi menunggu proses bedah siasat.
Ahli keluarga Mohamad Fahmi Hafiz tiba di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HPP bagi menunggu proses bedah siasat.
A
A
A

GEORGE TOWN - Ibu bapa serta keluarga kepada murid Tahun 4 yang meninggal dunia selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata tiba di bangunan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 9.25 pagi Jumaat.

Bapa mangsa, Mohammad Fakhruddin Mohamad Fikri, 35 dan isterinya, Nuraini Mohamad Isa, 37 dilihat memimpin tangan anak kedua mereka, Nufa Fakhira Mohammad Fakhruddin, 4, masuk ke pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HPP untuk mengikuti proses bedah siasat.

Turut kelihatan ahli keluarga termasuk ibu saudara mangsa, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33.

Difahamkan, proses bedah siasat dijalankan pada jam 9 pagi.

Ketika ditemui sebentar tadi, Mohammad Fakhruddin berkata, dia akan berjumpa dengan wartawan selepas urusan selesai.

Mohamad Fakhruddin dan Nuraini bersama anak kedua mereka dilihat masuk ke bilik mayat Islam di Jabatan Perubatan Forensik HPP.
Mohamad Fakhruddin dan Nuraini bersama anak kedua mereka dilihat masuk ke bilik mayat Islam di Jabatan Perubatan Forensik HPP.

"Saya akan cakap sebentar lagi. Mereka (pihak hospital) panggil saya sekarang ini.

"Saya akan jumpa balik (wartawan) nanti," katanya.

Malam Khamis, Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HPP menghembuskan nafas terakhirnya pada jam kira-kira 11 malam.

Artikel Berkaitan:

Jenazah akan dikebumikan di kampung nenek arwah di Jalan Pekan Darat, Permatang Binjai, Penaga pada Jumaat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Mohamad Fahmi berada dalam keadaan kritikal di HPP selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.

Mangsa sebelum itu dilaporkan tidak sedarkan diri ketika mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa dikatakan meminta izin daripada gurunya untuk ke tandas selepas dia dikatakan tersedak.

Bagaimanapun, ketika berjalan ke tandas, mangsa rebah dan tidak sedarkan diri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!