Pogba tak rela tengok Liverpool julang trofi EPL

POGBA
POGBA
A
A
A

PEMAIN tengah Manchester United, Paul Pogba tidak gembira sekiranya Liverpool menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Bagaimanapun, kata pemain kelahiran Perancis itu, Liverpool layak untuk berada di kedudukan pendahulu liga ketika ini berdasarkan prestasi semasa pasukan itu.

"Mereka jauh di depan pasukan lain buat ketika ini dan mereka belum kalah lagi. Sebelah tangan mereka sudah memegang trofi EPL.

"Sebagai pemain Manchester United dan status rival kami, sudah tentu kami tidak mahu Liverpool menjadi juara. Kami tidak mahu pasukan selain kami menjadi juara.

"Tetapi, sebagai pencinta bola sepak yang menghormati pihak lawan, saya harus katakan mereka selayaknya untuk berada di kedudukan ini," katanya.

Liverpool masih belum tewas dalam 27 perlawanan EPL musim ini dan baru sahaja menewaskan West Ham United 3-2 di Anfield awal pagi tadi.

Ia sekali gus menyaksikan The Reds kekal berada di puncak EPL dengan 79 mata meninggalkan jauh Manchester City yang berada di kedudukan kedua dengan perbezaan 22 mata.

Mengulas lanjut, kata Pogba, Liverpool musim ini jauh lebih baik berbanding musim sebelumnya memperlihatkan kualiti yang dimiliki anak buah Jurgen Klopp itu.

Artikel Berkaitan:

"Musim ini mereka jauh lebih baik daripada musim lalu ketika mereka muncul juara Liga Juara-Juara dan musim sebelumnya ketika ditewaskan Real Madrid di perlawanan akhir," katanya.