Pahang pertimbang permohonan Pasfa buka ladang kelapa

Wan Rosdy. Foto Sinar Harian
Wan Rosdy. Foto Sinar Harian
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang bersedia mempertimbangkan sebarang permohonan daripada Pertubuhan Ladang Negeri Pahang (Pasfa ) untuk membuka ladang kelapa di negeri ini sekiranya terdapat keperluan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, permintaan terhadap kelapa semakin meningkat menjadikan cadangan tersebut fikiran wajar untuk dipertimbangkan.

“Insya-ALLAH, kita akan beri pertimbangan kerana permintaan terhadap kelapa memang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penyerahan dividen ladang usahasama ontegrasi lembu dan sawit Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Bukit Gayong kepada peserta E-Kasih, yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini pada Rabu.

Seramai 500 peserta yang menerima bayaran tersebut pada majlis penyerahan dividen itu

Wan Rosdy memaklumkan kerajaan Pahang akan memberi perhatian kepada permohonan lain yang dikemukakan oleh Pasfa.

Jelasnya, agansi tersebut berjaya memanfaatkan sumber da. tanah yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk pelbagai jenis penanaman.

"Pasfa tidak pernah gagal dan mereka berjaya dalam pelbagai bidang, termasuk penanaman nanas, penternakan lembu, serta kelapa sawit.

“Oleh sebab itu, jika terdapat sebarang permohonan daripada Pasfa, kita negeri beri pertimbangan yang sehabis baik, kerana faedahnya akan dinikmati kepada ramai orang, ia bukannya berbentuk kepada individu,” jelasnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!