Lagi operasi sita, roboh struktur haram di Kuala Lumpur

Katanya, operasi dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Air Selangor dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu adalah itu dijalankan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Jelasnya, ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengawal pembangunan tidak berlesen dan memastikan ruang awam digunakan secara teratur.
"Antara barang yang disita termasuk kerusi dan meja plastik, gerai stainless steel serta pelbagai peralatan lain.

"Semua barangan ini telah dihantar ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut," katanya menerusi Facebook pada Selasa.
Tambahnya, langkah susulan akan diteruskan melalui siri tindakan khas yang dijadualkan di 11 parlimen sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!