Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki Gunung Jasa

Seorang wanita warga Belanda cedera semasa mendaki Gunung Jasa di sini pada Isnin. Foto ihsan JBPM
Seorang wanita warga Belanda cedera semasa mendaki Gunung Jasa di sini pada Isnin. Foto ihsan JBPM
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Seorang wanita warga Belanda cedera semasa mendaki Gunung Jasa di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.

Mangsa diberikan rawatan awal sebelum dibawa turun menggunakan pengusung. Foto ihsan JBPM
Mangsa diberikan rawatan awal sebelum dibawa turun menggunakan pengusung. Foto ihsan JBPM

Menurutnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands bersama dua jentera serta lapan anggota polis dikerahkan ke lokasi kejadian sejauh 12 kilometer selepas menerima pada jam 1.20 petang.

"Komander operasi melaporkan terdapat seorang perempuan dewasa warganegara Belanda mengalami kecederaan pada bahagian lutut semasa mendaki di gunung manakala seorang lelaki dewasa selamat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Anggota bomba menggunakan pengusung untuk membawa turun mangsa. Foto ihsan JBPM
Anggota bomba menggunakan pengusung untuk membawa turun mangsa. Foto ihsan JBPM

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, pasukan bomba memulakan operasi dengan memberikan rawatan awal iaitu memasang satu lower splint kepada mangsa.

Jelasnya, mangsa berjaya dibawa turun pada jam 4.55 petang dengan menggunakan pengusung dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!