Op Hazard: E-waste bernilai lebih RM65 juta dirampas di Sabah

Pelbagai bahan buangan sisa berjadual elektronik berjaya dirampas PGA Sabah dalam operasi Op Hazard, Sabtu lalu.
Pelbagai bahan buangan sisa berjadual elektronik berjaya dirampas PGA Sabah dalam operasi Op Hazard, Sabtu lalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pelbagai bahan buangan sisa berjadual elektronik (e-waste) bernilai lebih RM65 juta berjaya dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah dalam operasi Op Hazard, Sabtu lalu.

Dalam operasi tersebut, seramai 44 warga tempatan bersama 14 lagi warga asing turut ditahan.

Operasi itu dilakukan secara serentak di seluruh negara dengan kerjasama JAS bagi mengesan aktiviti yang melanggar syarat sah permit.
Operasi itu dilakukan secara serentak di seluruh negara dengan kerjasama JAS bagi mengesan aktiviti yang melanggar syarat sah permit.

Komander PGA Sabah, Datuk Abdul Rani Alias berkata, operasi itu dilakukan secara serentak di seluruh negara dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mengesan aktiviti yang melanggar syarat sah permit.

Katanya, sebanyak 12 premis di negeri ini diperiksa kerana disyaki melakukan kesalahan tersebut.

Antara e-waste yang berjaya dirampas dalam operasi yang dijalankan bersama PGA dan JAS di negeri ini.
Antara e-waste yang berjaya dirampas dalam operasi yang dijalankan bersama PGA dan JAS di negeri ini.

"Hasil pemeriksaan mendapati, dua premis beroperasi tanpa permit, manakala selebihnya didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan dalam permit JAS Sabah.

“Semua premis berkenaan diperiksa selepas disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan seramai 58 individu termasuk 11 warga Indonesia dan tiga warga Filipina ditahan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Abdul Rani berkata lagi, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 16(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Jumlah keseluruhan bahan buangan sisa berjadual elektronik yang dirampas adalah sebanyak RM65.1 juta," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, PGA akan terus bekerjasama dengan JAS dari masa ke masa untuk membanteras aktiviti yang melakukan kesalahan bagi menjaga kualiti alam sekitar di negeri ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!